18 Feb 2026 Oleh: Admin

HEBAHAN PENGGUNAAN SISTEM EKHAIRAT SEBAGAI PENGGANTI SISTEM BKACA SURAU AN-NUR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dimaklumkan kepada semua ahli bahawa Sistem BKACA akan ditamatkan penggunaannya dan digantikan sepenuhnya dengan Sistem EKHAIRAT AN-NUR yang baharu.

Pelaksanaan sistem baharu ini adalah bertujuan untuk:
• Menambah baik pengurusan khairat kematian
• Memudahkan urusan bayaran yuran tahunan
• Memperkemaskan proses semakan serta pengemaskinian data ahli

Sehubungan itu, semua urusan khairat selepas tarikh pelaksanaan hendaklah dibuat melalui Sistem EKHAIRAT AN-NUR. Maklumat lanjut berkaitan kaedah pendaftaran, penggunaan sistem serta tatacara bayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan sokongan daripada semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan peralihan sistem ini berjalan dengan lancar.

Pelaksanaan Sistem EKHAIRAT AN-NUR dijangka bermula pada Awal Ramadhan 1447H.

Sekian, terima kasih.

Rohaimi bin Abd Manan
Pengerusi
Badan Khairat Cahaya Alam (BKACA)
Surau An-Nur
Seksyen U12 Shah Alam
18 Februari 2026